Semalam, satu tragedi telah menimpa kepada seorang guru SK Tanjung Piandang. Kebakaran yang berlaku kira-kira pada pukul 5.20 petang telah menghanguskan sebuah rumah milik Pn. Ainon bt. Yusof. Walau bagaimanapun, warga SKTP bersyukur kerana tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan. Kejadian tersebut telah menyebabkan Pn. Ainon sekeluarga kini tinggal sehelai sepinggang.
Satu perhimpunan khas telah dibuat pagi tadi untuk memaklumkan kepada semua warga sekolah. Guru Besar telah melancarkan tabung khas kutipan derma untuk meringankan beban yang ditanggung keluarga Pn. Ainon. Sehubungan itu, warga SKTP dianjurkan untuk memberi sumbangan dalam bentuk pakaian dan wang ringgit.
Kami di SKTP mendoakan semoga Pn. Ainon sekeluarga terus tabah menghadapi ujian daripada-Nya. Moga-moga peristiwa yang berlaku mempunyai hikmah di sebaliknya.
Harian Metro, 19 April 2012
Post a Comment