Harta karun berupa syiling emas dan batu permata bernilai puluhan bilion ringgit ditemui di sebuah kuil purba Hindu di India, kelmarin.
Pembukaan empat bilik kebal di kuil abad ke-16 itu membawa kepada penemuan mengejutkan pelbagai khazanah berharga dianggar bernilai sehingga AS$22 bilion (RM66 bilion).
Penemuan itu serta-merta menukar Kuil Sree Padmanabhaswamy di Trivandrum, ibu kota Kerala itu kepada institusi keagamaan terkaya di negara itu.
Harta karun ditemui setakat ini termasuk patung dewa dan dewi diperbuat daripada emas bertatahkan berlian, batu delima, zamrud, mahkota serta rantai diberikan sebagai hadiah beberapa abad lalu.
Polis India mengawal ketat kawasan itu selepas penemuan itu, menggunakan teknologi canggih termasuk kamera litar tertutup.
Post a Comment