Sujud syukur itu dilakukan secara spontan (seketika) tatkala mendapat nikmat atau menerima berita menggembirakan.
Adapun cara mengerjakan sujud syukur itu tidak berbeza sepertimana sujud tatkala solat. Hanya syarat-syarat yang diwajibkan dalam mengerjakan solat, seperti harus mempunyai wuduk (air sembahyang), menghadap qiblat, pakaian yang bersih daripada najis dan lain-lain, itu semua adalah tidak disyaratkan didalam sujud syukur.
Juga tidak disyaratkan untuk dilakukan di tempat-tempat tertentu seperti masjid/surau, tetapi dibolehkan dilakukan di setiap tempat, asalkan tidak di tempat-tempat yang kotor, seperti tandas dan lain-lain. Boleh ianya dilakukan di tepi jalanan, di pasar, di kebun, di kilang, di tepi pantai, di atas kereta dan sebagainya.
Dalam pada itu, tidak ada bacaan-bacaan yang khusus pada waktu melakukan sujud syukur itu. Menurut penjelasan Jumhur Ulama, cara melakukannya ialah dengan mengucapkan takbir lebih dahulu, kemudian sujud, sesudah itu bagkit dari sujud dan terus memberi salam. Ada juga sesetengah Ulama yang berpendapat bahawa sujud syukur tidak perlu dimulakan dengan takbir dan disudahkan dengan salam, tetapi ianya cukup dengan bersujud sahaja, kemudian bangikit dan duduk kembali.
Post a Comment