SKTP terus mencapai kejayaan lagi di Ihtifal J-Qaf yang sedang berlangsung.Kali ini SKTP telah menjadi johan dalam pertandingan Kalam Jamaie.
Pertandinan Kalam Jamie ini diadakan di SK Wawasan Parit Buntar.Kali ini pertandingan ini adalah untuk Zon Kuala Kurau dan Zon Parit Buntar.Sebanyak 22 buah sekolah telah mengambil bahagian..SKTP membawa peserta Kalam Jamie di bawah bimbingan dua orang jurulatih iaitu Ustazah Noraini bt Saleh dan Ustazah Nadi Hanim.
Latihqn serta komitmen yang tinggi ditunjukkan oleh murid-murid yang mengambil bahagian serta jurulatih telah membuahkan hasil yang diimpikan.Tahniah buat semua peserta kalam jamie dan jurulatih atas kejayaan ini.
Ini bermakna SKTP menjadi johan dalam empat acara yang telah dipertandingkan sempena Ihtifal J-Qaf ini.Acara itu ialah kuiz, Hiwar, Wirid dan Doa selepas solat dan yang terbaru ialah Kalam jamie.
Tahniah SKTP..Teruskan kecemerlangan ini.Warga SKTP akan sentiasa memberi sokongan yang tidak berbelah bagi..
Post a Comment