Dua orang peserta SKTP yang menyertai Kejohanan Olahraga MSSPK Daerah kerian 2011 telah dinobatkan sebagai OLAHRAGAWAN dan OLAHRAGAWATI 2011.Mereka ialah Mohamad Syafiq bin AZShar dan Nor Hazwani.


Mohamad Syafiq bin Azshar telah berjaya memenangi acara 100m (L12) dan memecahkan rekod bagi acara 80m berpagar (L12).Nor Hazwani pula telah memeecahkan kedua-dua rekod acara yang disertainya iaitu 100m (P12) dan 80m berpagar (P12).
Untuk makluman juga, kedua-dua mereka ini juga pernah dinobatkan sebagai ATLET HARAPAN 2010 dalam Kejohanan Olahraga MSSPK Daerah Kerian.
Semua warga SKTP mengucapkan tahniah atas kejayaan yang dicapai oleh kedua-dua atlet ini.Sesungguhnya kejayaan ini telah mengharumkan nama SKTP.
+ comments + 1 comments
tahniah kepada kedua-dua warga sktp -cikgu amar :-)
Post a Comment