Pada 5 Mac yang lalu telah diadakan MTQ peringkat daerah Kerian bertempat di SABK Al Ridwaniah.Beberapa orang peserta daripada SKTP telah mengambil bahagian dalam beberapa acara yang dipertandingkan seperti Tilawah Alquran, Hafazan dan Maharatul Lughawiyah.
Semua peserta yang mengambil bahagian hebat-hebat belaka.Walau bagaimana pun hanya dua orang sahaja murid SKTP yang mewakili Zon Kuala Kurau yang mendapat tempat.Mereka berdua ialah Muhamad Najmi bin Jamaluddin yang bertanding dalam Tilawah alquran mendapat tempat KETIGA dan Mohamad Faris bin Wahab yang bertanding dalam Maharatul Lughawiyah telah berjaya menjadi NAIB JOHAN.
Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang mengambil bahagian dan tahniah kepada yang berjaya. Yang tidak berjaya cuba lagi dan anda semua sebenarnya telah menaikkan nama SKTP .Tahniah untuk semua peserta SKTP
Post a Comment